Wednesday, August 11, 2010

Bargedil Daging

bargedil daging

Bahan - bahan asas ( untuk 3 - 4 pax )

Bahan A

1. Daging lembu kisar    - 1 paket
2. Bawang besar             - 1 biji ( dipotong dadu )
Kentang                      -  2 - 3 biji ( diptong 4 supaya cepat lembut & rebus hingga lembut ) 

Bahan B

1 biji limau nipis ( ambil hanya 2 slice buang biji ) - ambil jusnya sahaja
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil gula kasar
1 sudu kecil perencah Cukup Rasa
1/4 sudu kecil garam halus 
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun ketumbar 
1 biji telur - hanya putih digunakan - dipukul sehingga naik buih
sedikit serbuk Fried Chicken Nona - utk coating luar bargedil
*cili merah ( optional ) dicincang halus 
*cili padi ( optional ) dicincang halus utk lebih pedas                                 



bahan2 yg digunakan ( sori la ye tak ikut turutan )


CARA MEMASAK

Bahan A - No 1 & 2 digoreng sehingga hilang warna merah darah daging dgn mggunakan sedikit myk masak TANPA garam . Kemudian keluarkan dari kuali & sejukkan

Kentang yg sudah lembut dilecek , make sure takdak ketulan .

Masukkan daging yg sudah digoreng tadi & gaulkan bersama bahan B kesemuanya . Bulatkan ikut saiz kesukaan . Celupkan bargedil tu ke dlm telur putih ( jgn lama2 nti lembik n benyai ) , then golek2kan dalam serbuk fried chicken nona tu . Goreng hingga naik kekuningan n bau wangi . Toskan n hidang .

* serbuk Nona Fried Chicken tu menambah kan bergedil rasa berempah n sbb tu takyah garam byk2 , nti terlebih masin . Serbuk ni tak guna pun ok







No comments:

Post a Comment