Tuesday, November 30, 2010

LoQLaQ !! ( cerita ala2 novel pulak kisah ni )

''malu''
hmmmm ... apa aku nak crita . dah lama tak bukak n tulih2 ... yg dok ada dlm ni pun aku tak post out lagi . tetiba rasa mcm tak perlu pulak . sbb terlalu panas . mm biaq p la . mai boh story baru sudah .

Aku balik Alor Setar pada Selasa 16/11/2010 , buat kali pertamanya selepas aku last balik p kemas umah sejurus selepas ketiadaan abah . Hati aku tak tergamak nak balik . Teringatkan memori indah , suka duka , gelak tawa , hiruk pikuk aku & family kat sana . Lagi bertambah sayu hati aku lepas abah dah takdak . Bila aku terdengaq ja lagu Daffi - Bila Terasa Rindu ... adoi hai ... lagi menitik2 ayaq mata aku ni - automaticly !

Aku balik mmg trajedi gila . Dah la sangkut dalam jem yg maha mengebaskan punggong . Bertolak dr Shah Alam jam 2.30 ptg , sampai alor setar jam 11 pm ! Kejadian batu pecah di Jelapang 2km sblm terowong . Apa yg aku boleh kata aku nampak dgn mata kepalaku sendiri . Batu yg ada la yg besaqnya kecik sikit dr saiz kereta kancil kot ( tak tau nak accurate sbb benda tu tinggi ) dah pecah tunggu masa nak jatuh . Sib baik la tindakan yg cepat diambik . Tu pun sbb deraian kecik dah jatuh atas jalanraya . Akibatnya jln / laluan dr Jelapang Utara nak ke Selatan ditutup . Jalan dr arah Jelapang Selatan nak ke Utara ditutup 1 lane tinggai 2 sbb bg laluan utk the opposite consumers lalu . Kat situ ja ada la stuck dlm 3 jam lebih .
abg Dan & Kak Shila
      Elok dah nak sampai aku terdengaq driver bas tu ckp fon kata dia tak jadi kluaq ikut Alor Setar Utara tapi Alor Setar Selatan , hah apa lagi aku pun amik keputusan turun tang umah tol tu . Aku pun kal Intan Shafinaz nak jumpa dia tang tu sbb nak amik karipap daging yg aku dah order tu . Lagi pun dah sampai lewat . Tambahan pulak umah abang aku kat Tmn Tunku Sarina , dia kata lg senang kalu pick-up aku kat umah tol , senang nak p mkn n pth blk Jitra nu ... Intan pun kata ok , nti dia n Jan akan sampai . Elok aku turun bas Intan kal tanya aku kat mana . Aku turun betui2 kat tepi kreta dia . Depan kreta intan ada brother mana ntah dok tunggu atas moto . gamaknya tunggu bini dia kot . Lantak ahh . Kami pun dan la sembang2 kilat erti kata len sembang express tanya hal life masing2 la ni . Ada la dlm 15 minit sembang then aku nampak 1 kreta Alza putih berhenti betui2 depan kreta Intan . Disebabkan aku tak pakai spek & aku dgn ininya mengaku rabun silau cahaya , aku nampak abang aku takdak misai & kulit sudah putih . Dalam hati aku kata la wahhhh ada pembaharuan ni ..... takpa .  Aku pun salam2 ngan Intan dgn kelam kabutnya sbb abg aku dah sampai , aku pun confident gila bgtau Intan yg abg aku dah sampai !!  Elok lepas tu Intan pun blah . Aku pun apa lagi terpa la p kat kreta Alza putih tu . Retuk punya retuk suruh bukak boot blakang ada la dekat2 15 saat kot . Tak bukak2 jugak ! last2 aku p tepi tingkap passenger depan sambey buat muka kemut busuk dok retuk tingkap lagi , sambey dok kata ''Bukak lar pintu ni , aku lapaq ni jom p makan !! '' tak bukak2 jugak , hampeh tui !! Nak mampuih dah abang aku ni  ! Agak2 arrr nak buat lawak aku lapaq ni . Aku pun bukak la mata ( yg rabun silau ni ) . terkezoootttt tak berpagaq lagi dah ( selain perkataan alangkah terkejutnya !! ) Abang tu pun dok terempon depan stereng !! Gamaknya terkezut sama . Aku pun terangkat 2 kening terkedu . mana tak nya . TU BUKAN ABANG AKU !!!! yennadei !!! Abang tu pun bukak sikit ja tingkap depan muka aku ni . Ada la dalam 2 inci kot . Dia kata sambey tersengih . ''Adik Salah Orang Kot !! Saya bukan Abang Dan !! " ........
 heh ???  
''Owhhh OK .. hehehe sorry eh .. muka nampak sama '' tetiba kluaq ayat cover line sambey tersengih kerang . buat muka slenga ( tapi tebai 44 keping kongkrit dah ni ) aku pun blah sambil bok kluaq encet kal abang aku tanya kat mana . Abang aku kata dia br sampai tol Hutan Kampong !! Terjerit sat aku ayat HUTAN KAMPONG !!?? hah... ok . Then aku kal balik Intan sbb dah gelabah . Aku bgtau apa yg terjadi . Intan boh gelak kat aku . Dia tanya aku nak ka dia pth balik teman aku . Aku kata takyah sat lg sampai la abang aku yg real punya . Intan bantai gelak balik . Chaih !!!
''hikhikhik kehkehkeh .... '' mengekek sakan brother atas moto tadi ( yg dok dpn kreta Intan tu ) sambey dok kata kat aku ''sorri dik abg tak thn nak gelak !! '' dari dia dok berdiri tepi moto sampai la dia dok cangkung . arghhhhhhh termosyeh !!!! still maintain muka cool , bersiul2 melodi ntah hapa2 punya lagu . Dlm hati Allah swt saja yg tau .
Dalam 10 minit kot camtu . abang aku sampai ngan bini dia . Cara depa tanya tu agak cemas la jugak .
'' awat hg p celapak kreta sapa ?? aku br dok ada tang Hutan kampong ni . Hg loqlaq laaa '' abg Dan dok gelak kat aku tapi suara serius pun ada . 
''sib baik hg tak ikut dia balik noo '' kak ipaq aku plak tambah sambey mengekek ...
''mmmm ... dak aihh rabun kan tak nampak . lama sgt kot duduk dlm bas  tu jadi tak ketahuan kot '' aku jwb selamba 2 kupang . Dok jadi bahan ngan abang aku mau sampai hari aku balik Shah Alam . 6 hari siot !!!! Arrrrghhh ....... nasib nasib .... 

Wednesday, September 1, 2010

My fren & PARAM

Alhamdulillah .... aku masih bernyawa dikla ini dapat jugak rasa Ramadhan tahun 1431 ni ... tapi aku masih lagi tak berjaya nak puasa bulatnya sebulan penuh . Bila la aku dapat rasa kan . Mesti syok abih ! Macam-macam ragam aku jumpa Ramadhan kali ni . Nak gelak bila pikiaq balik .
    Aku p pasar Ramadhan ... org kat shah alam ni shortform kan panggil PARAM ... mula - mula tu aku jenuh pikiaq sampai terkerut kening2 aku ( kalah Ziana Zain you ! ) . Kes ni jadi 3 thn lepas ... aku kluaq ngan kawan aku best fren aku dari thn 1997 start aku masuk uitm shah alam lagi . Aku panggil dia Mimah ja dia berkeras jantung suh aku panggil dia Beby . Ntah tak tau saipa lidah aku dah lekat takleh nak trim dah dok panggil dia Mimah jugak .... ok back to the story . Dia ajak aku pi beli juadah nak berbuka . Aku pun roger ja la , lari sat kluaq dr kwsn opis p jumpa dia kat stadium . Mimah kal aku tanya aku kat mana sbb aku terlambat skit dr schedual yg kami janji dah jam 4pm time tu . Aku kata baru nak parking , then aku tanya dia hang kat mana , dia pun jawab aku kat PARAM la ni . Berkerut kening aku time tu . Apa hal la pulak minah ni p jumpa PARAM ?? Aku mati2 ingat PARAM pelakon veteran tu !!! Hampeh tui . Aku pun sound dia , " Hang ni kata nak jumpa aku kat bazar 13 ni p jumpa PARAM pulak dah ! '' Teruih dia terhambuq gelak besar . Dia kata " hang mai ja la aku tunggu kat sini " pastu dia sambung gelak lagi .
     Bila aku sampai aku cari dia , sib baik jumpa tapi hati ni dok geram pasai Mimah jumpa PARAM ! Then bila jumpa Mimah aku senyap ja la tak tanya mana PARAM . Dia pun senyap jugak . Kami sembang topik2 lain la ada sket unsur2 gosip terkini hiburan sensasi kami . Dah pusing 30 minit last2 aku tanya dia . " wei hang kata jumpa PARAM , mana dia aku tak nampak pun ? " Kih kih kih tergelak dia kat aku time tu jugak , seingat aku kat depan gerai jual steak . " hang ni lawak toi la PARAM tu PASAR RAMADHAN la ... aku pendekkan jadi PARAM !! Aku plak ngan muka mcm kerang busuk tersengeh je la .... abih bebudak yg beratu1 kat situ ( yang mana yg dengaq la ) depa pun ada yg tersengeh n ada yg mengekek kecik . HARU !!
     Dia la punya pasai aku redah for the 1st time ever p PARAM kat seksyen 13 stadium malawati tu . Mai aihhhhh hangggggg punya la luas mampuih dah nak jalan . Dah la kederat tinggai 30% ja lagi ... tapi dia punya food galore ... perghhhhhhhh . Fave aku hanya 3 4 benda ja kat situ . Feveret aku & Mimah jugak ! Gerai steak n Skewers - punya best real steak real skewers sedap n puas hati Paling best ada steak kambing n skewers kambing ! Salad n sauce ! perghhh . Harga berpatutan . Gerai tu budak2 muda berniaga . Paling cepat dia closing memang real fast !! Gerai org lain habis terlindung dgn barisan yang beratur tunggu queue steaks !!! Tapi this year aku tak sempat p grab lagi skewers tu .... mmmm Tak tau la kalu Mimah dapat beratuq kat situ dgn Adam n Akilah ....
     Roti John , murtabak n gerai air .... just 4 particular gerai ja yg aku suka p sbb dah round abih pun kat stadium 13 tu sbb rasanya , harganya dan kepuasan tahap maksima beb walaupun bulan posa ! Ahak ! Tahun ni aku dah p kat stadium tu PARAM tu tapi tu la time aku p skewers takdak ... gerai murtabak tu plak dah takdak , tinggai gerai roti john n ayaq . Yang kekal rasa hanya gerai ayaq tu ja . Yang lain semua out !!! mmmm
  

Tuesday, August 24, 2010

Ceist

Dugaan datang dan pergi , hati sahaja tak cukup nak pasak bumi . Kena ada pegangan kuat dalam agama , insyaAllah .... masuk ni dah 3 kali aku keguguran . Tapi kali ni kandungan luar rahim . Puas mcm2 cara aku usaha nak bagi lekat , last2 mcm ni pulak . Ramai tanya n advise bukannya aku takmau dengar tapi tak tau mana 1 yang betui ! Urut ... dah berapa bidan bertukaq tgn . Semua kata rahim aku cantik . Jumpa pakar O.N.G pun sudah , yang terbaik dari Hospital Pakar Serdang . Scan sudah , papsmear sudah TCA sudah HSG ( tembak pewarna utk check saluran tiub falopian ) pun sudah . Everything's fine . My hubby p LPPKN check sperm quality .. turns out very Highly saticfaction quality . But it seem timing is just not right for us yet . Nak but IUV , takut . Chances memang doktor kata 88% ... tapi kawan aku dah buat habis dah berpuluh ribu still Allah taala tak nak bagi jugak . 6 tahun dia usaha . Kesian kan .
     1st time aku dimasukkan ke Hospital Serdang sbb aku sakit mcm nak mampuih bila 1 day tu aku period . Berguling2 merekot mcm udang panggang , bibir biru , nak bernafas pon rasa mcm nak mati !!! Aku gagah p sendiri ke klinik amik injection voltaren , just imagine 2 shots !!! still no improvement . last2 aku kal opis mate aku ( sbb man tak jwb2 kal time tu ) June Jamal , dia dtg umah aku ngan driver opis aku , terus bawak aku p klinik ( yg aku amik jap tadi ) mintak surat references tuk ke Serdang ( without reference letter nti di tolak kita ke mana klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran ) . ER case . Aku kena detained terus after blood tesr result came out 2 hours later , doct found out there's an inflamatory inside my womb !! Blood pressure 140 beb !! Another jap has been given . Aku pun taktau dah nama pa ubat tu , including drip .
     June left a sms to my hubby . Petang around 4pm dia smpai ER . He said sorry he was charging the phone , and left the phone in the drawer which was the drawer apparently beyond of his reach . Dia amik phone pun sbb tak sedap hati katanya , then noticed there was a sms from unknown person . Sbb tu dia rush datang cari aku . Bila doktor nampak muka dia , terus doktor kata nak detain aku . Final blood result lagi 1 hour . Aku mcm nak mati dah time ni . Sakit nya Allah yang tau . After 1 painfull hour of waiting , then came the bad results . My hubby cried silently can see his tears . Doct arahkan nurse delivered me to ward . Poor hubby he followed me all evening . Doct told my hubby that i had to go for a surgery prosedure , buat laparoctomy 1st , then see how whether had to or not . I saw my Hubby nodding his head . Then dia sign paper ja . Sbb at this time aku mmg dah high ada some mixture dlm drip . Then aku tertido . Malam nurse gerak aku suruh bangun minum n took lite supper sbb schedual operation aku around 11 am . Aku dibaginya milo panas n sandwish tuna with salad .
      Bangun pagi ja aku nampak muka laki aku , dia bawak tuala n kerusi tolak . Bawak aku p toilet , lap badan aku , muka n basuh kaki . memang time ni aku dah tak boleh nak jalan , rahim aku rasa kebas ! bukan lagi senak ! Then dia bagi aku pakai baju bersih warna hijau , ikat topi shower ( sbb nak masuk bilik operation ) Bagi aku air suam kosong 1 gelas . Then dia kata nanti everything is gonna be just fine . I'll wait for u . Aku diam n senyum ja .  Macamana schedual mcm tu la dijalankan . Masa buat laparoctomy ( entah la betui ka tak spelling ) , aku separa sedaq . Tapi high la nampak lampu operations , nurses n doctor . Then dunia aku gelap !! Sedaq2 dah pukul 4 petang ! Mak aih lamanya operation aku . Aku bangun sbb aku dgr nurse panggey2 nama kat observation ward . Terkejut betui aku sbb sbelah kanan aku ( sbb masa aku bukak mata kepala aku teleng ke kanan ) muka berbungkus mcm mumia , kaki tak nampak sbb selimut tgn di kudung !!! OMMMAKKKKKK !!!!!! teruih blood pressure aku laju . Nurse kalut gak la time tu . Lepas 1 jam aku sedaq depa bg ayaq 3 sudu besaq by mouth nak bagi aku boleh bersuara . Then no food aka nil by mouth for 3 days !!! only on drips.
     Lega besaq bila aku nampak batang idung hubby aku , terkejut jantung tgk MIL aku . Then nampak abah . ( sbb time ni abah pun kena admited ward sbb jantung dia . Abah dah admited ward 2 minggu earlier ) aku reyau bila nampak abah , sora tak kluaq2 jugak susah nak cakap sbb major operation depa sumbat tiub oksigen . Efeknya aku lelah ( sbb dah mmg ada lelah cuma baru 3 thn tak kena ) . So doctor explain everything that i had to go a major operation as the camera ( from laparoctomy ) can go through , meaning that my womb dah melekat !!! mak mertua aku menangis . Dia tu memang jenis tak tahan nangis hati dia cepat tersentuh . Hubby aku buat muka selamber depan mak dia la. Visiting hours dah abis so Man kena hantaq mak dia balik . Abah pon kena balik bilik dia kat level 8A nurse mai amik .
    Puncanya ceist aku pecah , dah lama dalam 9 bulan , dulu aku bleeding like hell , doct tak check sbb time tu hospital putrajaya kata nothing serius . It end up rahim aku melekat after 9 months ! Sial ! Tak pasai2 pasai aku kena potong . Babi ! Penyakit aku ni sapa2 pun boleh kena , anak dara , maka dara sapa pun la . Punca doktor pun taktau cuma saspek penyebab dr benda yg kita makan . So beware la kwn2 . Ini bukan penyakit kelamin . Tak pasai2 jugak aku kena pantang mcm org bersalin ceisar n pantang 2 thn takleh preggy . Bila dah boleh preggy lain plak jadi . Gugur dah 2 kali masuk yg terbaru ini jadi 3 kali . Bab ubat jgn dok kata , dah berkoyan aku makan , ubat hospital bagi . Ubat tradisional pun ada cari . Air penawar dr ustaz2 imam2 dah telan ..... now i am lost counting lah kawan . La ni cuma yang mampu aku buat ... berserah pada Yang Maha Esa .

Friendhips ....

Bila bujang , teringin nak kawin n ada family of pur own . Tapi bila dah kawin ... life some says could have been better , some says better rotten in hell . Unexpected . Tu ja yang aku boleh kata . Aku bersyukur sesangat kepada Allah taala yang menemukan aku dgn hubby aku . Kami ni pasangan pelik tapi benar . Slalu gaduh , mananya tak dua dua kepala ketegaq , kepala hangin . Tapi kami sehaluan , sepahaman , sekepala !!! Dia la yang aku kenai , kawan , couple n kawin . Ye ker ?? Nahhhhh aku pernah ada teman hati sebelum dia . Hald chinese n half Germanian ... a kristian young lad called John . Dia yg ubah style aku . From keras to soft sides . Cuma sekejap cuma aku singgah di hidup dia , hanya setahun 6 bulan 2 hari . Tu pun sebab mama dia sound aku ''not in my life i will let John convert to Muslim'' ......... so aku decide to set him free without his knowledge n permissions. Toughly done . Both suffered deeply . Aku still maintain berlagak selamber p kuliah mcm biasa . John plak tak abih2 tunggu aku kat foyer AD tu sampai la 1 masa aku balik ikut pintu belakang kena rentas laluan hutan skit baru jumpa Hotel UITM . So naik la bas ke sect 24 ( time tu dah sewa umah kat luar tak dok kolej dah ) dok kolej pon 1 thn ja , kolej 1 Kenanga . So fullstop about John k . Kalu ku kenang memang akan membuatkan aku menyesal abissss.....
    Disebabkan menyewa kat situ aku kenai ngan hubby aku . Dia stay ngan parents dia . Until now his parents are still there !!! dah 13 thn depa pindah dok situ . Di awal perkenalan memang lawak gila . Aku p bawah pokok dengan 110% nak tukaq duit syiling nak guna kat public fon nak kal abah kat a/s . Rindu kat abah n mak time tu punya pasai , syiling abih RM10, pun tak puas sembang . Kedai depan blok dah tutup mana la aku nak cekau syiling ni . So i end up p bwh pokok tanya bebudak bujang yg dok lepak2 kat situ . Buat muka sekupang . Aku mati2 aku ingat dia tu Indian !!!! Sebab rambut dia kerinting besaq dah la tu panjang , badang cekeding , dok dalam gelap , sengih nampak bijik mata n gigi ja . So aku pun buat stone je la nak gelak karang mampus kena maki . Time tu pulak aku dgq dia kata ' sorry la sis syiling semua aku masuk tabung ' perghhh punya la fasih berbahasa melayu ! telo areng pun tak dak . So takpa la aku pun blah p gayut lagi ngan mak n abah dengan hanya dapat RM5 dari Bai n Wan ( budak2 bujang tu ) . Lepas abis gayut aku pun nak naik umah la ( tingkat 5 ) , lalu depan pangkin yg depa dok lepas tu , then Wan n Bai teguq aku - 2 org ni mmg aku kenai dah sbb masa pindah dari kolej depa tu tolong aku angkat peti ais single door . Sembang punya sembang , baru la Man bukak mulut . 1st dia sound kata aku sombong siap mengkelei mulut lagi . Tapi dah nama hari2 asyik dok jumpa blok sebelah2 , dia parking moto kat pangkin plak tu , pangkin tu plak kat tangga blok aku , aku plak kenai kwn2 dia mmmm secara tak langsung dah jadi kawan aku jugak la . kami berkawan hampir 5 tahun . Best friend . Kami bertiga . Aku - Man - Bai ..... kalu buat album sure laku ni .... Aku ManBai ... hehehe
' Man '
     Kami ber3 ni slalu kluaq sama2 . Al maklumlah aku students depa 2 tu dah keja , so time depa dapat gaji depa akan cari aku , p makan @ p jalan2 . Pelik tapi benar . Kawan baik sahabat sejati kami ber3 . Dekat setahun kami kenai then tiba lah ke perkenalan aku kepada Mimah . Minah ni plak memang pelik sbb tiba2 muncul kat tempat kami lepak ( biasa la pot pangkin ) dia kata dia cari kawan dia tapi takjumpa blok . Last2 teruih dok lepak ngan kami dengan selambanya . Jadi geng plak tu . Tapi jgn slh paham kami tak bercinta pun antara kami . Just totally best buddies . Untill now . Mimah ada kereta kancil , aku pakai skooter , man ada Panther , Bai ada satria .... so p ke mana pun of course la naik satria beb naik kancil kot sat lagi kami kena goreng ngan mak Mimah ! Aku n Mimah jadi pilot n co pilot yg setia sbb 2 2 malaun tu tak dak lesen kereta !!! Bai tu lesen agong terbang. Kereta tu pulak pakcik dia bagi pakai sbb nak rasuah Bai dr p crita yg pakcik dia tu menikah 1 lagi kat siam . Haru Malaya betui la . Sib baik orangtua tu kaya ! Asai nak lepak kluaq ja Bai pow pakcik dia , Man , aku n Mimah tong2 beli makan / minum . Bai slalu sponsor jajan / kudapan . Slalu kami p picnic , lepak tepi laut siap buat khemah lagi ( guna khemah aruah bapak Mimah sbb pak dia dulu askar ) cukup la khemah tu boleh buat bumbung ja , Man slalu tabaih tikaq mengkuang mak dia , aku slalu bawak plastik beg n surat khabaq lama . MMmm jadi keja la kami p PD , Ulu Bendoi , Hutan Lipur Kancing , Lata Iskandar dll . Memang syok time ni . Pandai depa cari aku bila weekends . Tapi aku plak hari2 jumpa Man , sbb dia rajin layan aku bawak p makan tiap2 malam ajak aku teman dia sbb mak dia tak masak malam . Dah kebetulan dia balik keja ( kilang kan ada syif ) bila blk kul 7pm dia cr aku ajak p dinner lepas maghrib. Bila dia boring Bai takdak aku dia cari . Best kawan camni . Dia anggap aku ni real kawan sejati . Bukannya sebab aku perempuan n nak amik kesempatan . Macam tu jugak ngan Bai . Kalu Man kja syif malam siang dia balik umah ia tidoq petang baru bangun , siap2 terus p keja sbb dia o.t masuk kul 11am balik 11pm . Dia nak cari duit lebih nak bikin moto bagi cantik . Kalu Man masuk keja 3pm balik 11pm tu normal la tak o.t . Bai la pulak dok kelui panggei aku p makan kat kedai Ayie . Sampai bebudak kedai Ayie tu pun dah kenai muka kami ber3 . kalu aku tak dgn Man mesti dgn Bai tak pon 2 2 skali . Mimah tu ikut dan dia ja . Nak mai dia mai . Sebulan ada la muka dia 5 , 6 kali .
        Mimah asal Slim River , Perak , menetap di Shah Alam Sect 18 dari umoq 14thn . Man asal Taman Kuning Sari , Kamunting , Perak , pindah ke Shah Alam umoq 15thn Bai plak perahsia . Nama sebenaq dia pun kami tak ingat . Skali ja dia bgtau . Time ni dia keja kat Proton , bhgn spray . Tapi dia cukup baguih . So lantaklah kisah silam dia , janji dia baguih . Aku merantau umoq 18thn masuk Shah Alam .... alih2 melekat jua aku kat sini . kawin , beli umah , keja .... lawak tui . Mimah pun mcm tu jugak . Umah kat TTDI Jaya . Anak dah 2 . Sepasang . Life kami tak banyak beza . Cuma Bai masih lagi mcm tu . Perahsia . Tup tup jumpa ja dah kawin . Dia takdak anak sendiri tapi anak angkat dia ramai 3 orang dah . Tu pun last 2 thn kami jumpa . Aku plak ngan Man dah kawin , masuk ni 5 thn . Macamana boleh kawin .... u'll fine out !! Soon .
    

Monday, August 23, 2010

Kepala Haginkah @ aku yang Berangin kah ?

Apa yang bakal aku tulis ni , akan tercetus spekulasi . Apa yang aku harapkan semuanya tak menjadi . Aku nak tulis takut , gundah gulana , sedih , resah , pilu , nyayat hati semua ada . Takut dikecam sebagai pemusnah rumahtangga . Perit kalu di'tag' sebagai pemarah , pendendam , perasan , sendiri ja nak betui dll .
   Boleh dikatakan .... semua perangai tu ada jadi kat aku sebab keadaan sekeliling aku . So pada kawan2 yang la akenai aku tentu rasa pelik . Masa sekolah mmg aku ni cepat marah . Rebellious child . Errrkkkk !!! tapi semua tu jadi ada sebab yang mana sapa pun tak penah tau . So boleh la selami hati aku .... kalu hampa mau .
      Selama ni aku tak tau sapa yang dah tau pasai aku . Aku sendiri pun baru dapat tau masa aku tingkatan 4 lagi , and of course since then my life was a BIG joke , a fuckin lie , shitting brutality n etc etc etc . Aku dalam diam digelar BUDAK SOSIAL kat sekolah . Yang mana tau tu tau lah , yang mana tak tau tu ... ni ha baru tau kan . Alkisahnya sebab aku berkawan dgn budak2 luar sekolah ASMA & ada among them yang dah totally habis skolah . Grad ka tak grad ka aku sapu ja buat kawan . Laki ka pompuan ka semua aku kawan . Tapi aku tak la sampai buat benda2 pelik tak senonoh . Sampai tergadai body ... aku waras lagi . Aku masih berhati batu , ada yang kata aku tomboy , ada yg kata aku lessy ... urrkkkhh ... Aku tau tapi aku buat diam . Ya aku ngaku aku hati keras , perangai kahaq , kasaq , sebab aku membesar dengan seorang abang . Sedari skolah rendah aku nakai , terjun bendang , masuk tali ayaq tangkap ketam , main polis sentri , main kubu2 bila musim tuai padi , belajaq silat gayong , main tomoi ngan abang kat rumah , panjat pokok , gergaji pokok , mesin rumput , korek longkang buang rumput kering & daun , main basikal siap kayuh basikal mountainbike dari umah di Jln Fajar ke Bukit Kayu Hitam dgn abang aku n geng2 dia lagi .... so what to expect ??? A lemah lembut gemalai girl ka ? Surrounding ngan abang n geng2 abang bebudak Syed Omar .... go figures la ... raya pon pakai baju kurung boleh tahan 3 jam ja . Pehtu abih terlondeh semua salin pakai jeans .
 Aku ni anak angkat kepada Aruahnya Encik Abdul Hamid & Aruahnya Puan Siti Hasnah Bahrom . Aruah , ambik aku sebagai anak angkat sementelah confirmnya 'Bapak' kandung aku JUAL aku kat aruah abah dgn harga RM2000 . Beb time tu mmg banyak la amount ni kan . And aku tau story ni pun bila aku jumpa Tok Nek aku ... terus terbukak pekung rahsia , tu pun sbb aku mgkelei ngan spupu aku dia sound kata perangai mcm setan sbb keturunan sial anak pungut !!! Kesnya dia bagi pecah pasu mak dari China - pasu kesayangan hadiah pemberian best friend dia , dia tuduh aku , aku kena tibai ngan rotan Pak Mid bubuh pastu aku cari dia aku bubuh dia balik penumbuk kat muka .
 And sadly said ... walaupun aku masih ada mak bapak kandung aku n aku kenai depa n the rest of my family ... aku ni seakan-akan tak wujud bagi depa . Tapi bila mai time susah tau plak cari . Tak payah la aku nak elaborate chapter Real Family aku sbb terlalu pain in the ass . Hardly so . Cuma yang aku nak exhale kan segala semak kat dada aku ni hanya ni lah setakat ni . So go figures la geng .
    Aku terhutang darah , nyawa serta budi kepada aruah abah n aruah mak . Hanya depa ja yang aku kenai rapat , yang aku sayang dearly . Tak pernah depa bersungut , merungut @pun terlepas cakap kata aku ni anak tak kenang budi ka , anak angkat ka , sedecit pun tak . Aku dibelai , ditatang , dijaga penuh dengan sejuta kasih sayang , sejuta gemerlapan kasih sayang . Sakit demam aku dijaga baik , makan minum pakai aku , sekolah aku , universiti aku semuanya duit titik peluh aruah abah . Aruah abah yang pernah bertugas sebagao ADO assistan District Officer ... yang maha cengey ! Digelaq Pak Mid Singa !!! huhuhu Sesinga mana pun dia kat opis dengan aku abah tetap jadi Abah Singa Berhati Baldu ... dengan aku dia akan mengalah . I luv abah !!
    Sakit demam makan pakai aku dijaga oleh aruah mak . Kalu aku demam dia lah tak tidoq malam . Aku tido ngan aruah mak sampai la habis hayat dia . Tak pernah aku tidoq sorang diri . Mak N abah tak tido sebilik sebab mak harus pakai kipas di takleh panas nti lelah . Abah plak tak leh sejuk nti semput tekanan dada . Mak suka masak . I loved her cooking . Totally . Bayangkan buku resepi dia ada 7 buah . Dari zaman Jepun sampai la zaman British pun dia simpan . Bila mak dah takdak aku pun taktau sapa curik buku resepi dia tu . Kalu tak for sure aku bukak restoran n bakery dah dengan resepi turun temurun resepi kampung original & pure . Full of satisfactions !!!! U name it . From resepi kampung ke totally westerner . Resepi masakan Jepun pun ada . Silap aku tak belajaq ngan dia dulu .
   Tapi bila terjebaknya aku ke satu chapter hidup terbukak lah rahsia yang aku ni siapa yg sebenarnya . Aku jadi pendiam , yang dulunya kaki nyakat orang . Peramah jadi pemarah . Pantangnya ada yg silap aku terus meletup . Cari pasal ngan aku mmmm mampus la .... n thats why aku mula pandai berkawan bercampur ngan outsiders others than Asmarians . Since then my life chapters .... full of hatred , rebellious , highly socials ( xcept drugs n free sex ) , a chain smoker ( kalah kepala keretapi ) , pendendam , pemarah ...... until now....

Monday, August 16, 2010

Lautan Hati

Arini aku tak senang duduk kat dlm opis . Hati benak pala otak dok pikiaq mcm2 . Susah hati ada semak otak ada . Bulan posa mcm ni la mcm2 dugaan yang mai tak diundang .
    Nak kata tak sabaq , aku rasa ada la 3 tahun dok sabaq . Nak cerita kat org malu . Nak syer ngan kwn2 .... tak tergamak plak . Aku tengok kwn2 nampak happy ngan family masing2 . Tu yang aku nampak . U know we can never always judge every single things we see as a PERFECTO !! but still no doubt ada yg memang life nya perfect . Perfect ngan kasih sayang husband , families in laws n not less anak-anak .... Aku ni .... nak kata tak cukup , serba serbi cukup . Ada suami yg penyayang walaupun kepala hangin ...*grin* sorry dear but thats the fact !!! Ada rumah sendiri ... ( walaupun kekadang terasa benak pala otak dok bayaq umah ) , ada kereta 1 n motorsikal 1 . Ada kucing yang manja . Ada kerja ... dalam kerajaan plak tu .... sebab tu la aku nak tulis pun serba salah . Nak diluah mati ... nak ditelan mati .... Sakitnya !!!! hati aku !!!  Dulu ada diary but since i cought red-handed that my hubby alwez reading it .... felt so sucks !!! There's no privacy here anymore . Sebab most of the content are about his Families . That sometimes i wrote it with such full of hatred n about having a revenge and cursing literary . Then kami gaduh PERANG BESAQ .. sebab my hubby takleh terima apa yg aku kata or tulis dalam diary tu .... lagi bertambah haru malaya . Aku ni macamana . Sapa nak jaga hati aku , console aku bila aku sedih . Tau nak aku ja jaga hati & perasaan depa . Aku ni apa ? Tunggui kayu ?
     Masa zaman belajaq 90% indah . Takdak masalah nak pikiaq itu ini . Jaga timing blajaq , score elok2 , time cuti balik kampung . Lepak ngan Aruah Mak & Abah , Lepak ngan abang & family dia , lepak ngan kawan2 lama ( bila skali skala balik a/s ) .... p jogging , swimming , main tennis , main rollerblade , naik mountain bike kayuh sampai Kodiang !!! ( jgn main2 wooo kami p umah abang kami kat sana . Umah Penguhulu Mukim Pering , Kodiang ) .... sampai ja umah abang aku pingsan lembik lutut !!! Bangun tidoq ja mkn ikan bakaq fresh water beb !!! Cicah ngan ayaq asam .... perghhhhh . P Picnic ayaq terjun , mandi laut , camping n etc etc ........
    Mai time keja - then kawin - indahnya bersama suami tercinta ( walaupun slalu dok mengkelei ...saja2 gatai nak buat reyuh endah ) .... sakit hati aku diduga masuk thn ke 2 bila ada campoq tgn mak2 menakan dia yg kat Penaga nu.... mula - mula tuk 1 -2 thn aku relax buat tembuih taik tlinga sambey senyum simpui . Makin lama makin menjadi , sbbnya aku pun diam sama tak penah menjawab la jugak ( eventhough i'm a sharp shooter ) n i guess that's why some.... n when i meant SOME literary meant for SOME of orang PENANGAITES are truely KEPOCHei n DEFF TRULLY MAMI style kan . Yang suka TOLONG JAHIT TEPI KAIN BAJU orang . Demmmm !!!!
    Masuk 2nd year of our marriage , on raya 1st day , mak cik Mah ( the fire starter ) broke out the demm Q's , continued with others Pakcik2 n Makcik2 ... asking me like this ( perghh still can remember her tone ) ....


MakcikMah : Hang ni bila nak beranak hah ? Takmau anak ka apa hampa ni ? Ka mandui ?!


PakcikLi    : Hampa ni dok planning2 pa taktau , bukannya rugi pun kalu beranak . awat
                  Jadd hang takut gemok cam cik Mah hg ka ?


Aku          : - silent - telinga berdengung


Hubby      :  Mana ada kami planning , jadd guguq


Cik Ali      :  Bila dia ngandung ? Kami taktau pun . Ka bunting belom kawin ?


Aku          :  Babi !!!! ( dalam hati ) still maintain the silency


Hubby      :  Lepas kawin teruih lekat . Eda melekat teruih dia keguguran .


Makcik Mah  : Tu la aku dok kata dah , 2 bradik takleh kawin skali nti slh sorang 'mengalah'


FIL          :  Sapa kata depa 2 bradik kawin serentak . Amy ( my hubby ) nikah dulu Eda 
                 kemudian , sanding ja sama2 . Pandai2 la hang tu Mah ( adik my FIL )


Tok Yah   :  Hang tu Ali ( adik my FIL aka anak tok yah ) jaga mulut skit . Sok2 bdk2 tu tak 
                  blk dah mai sini baru hg tau . 


AKU        :  Mmg Dah tok yah . Lepas ni kami tak blk mai dah . ( dlm hati ) 


CikAli     :  mak tu saja suka nyebelah Amy n Jadd ... cucu kesayangan !!!!


Tokyah   :  Cucu sulung , cucu menantu sulung ! Cucu aku ! hg lorat pa .


Cik Ali    :  Jadd ,hang tak reti buat anak mai aku ajaq !!! ka betui mandui . p cek .


Aku        :   Dah p cek jumpa pakar . Kami 2-2 sihat . dah Allah tak bg rezeki kot situ lagi .
                 Nak buat mcmana ?


Hubby    :  Toksah crita la mommy bukannya depa paham pon pakar tu apa keja dia .
                 Dah p pack baju . jom kita blk .


Tokyah   :   Hampa nak p mana ? rendang ketupat aku buat hampa tak jamah lagi .
                 Baru lepas balik smbahyang raya . Nak p mana ? Tok sah dok amik hati ngan
                 pak pak mak menakan hg tu Amy oi mmg mulut acaq !


Aku       :   start bergenang ayaq mata ..... still maintain diam .


Hubby   :   Takpa la tok . Kami p raya a/s dulu . kalu ada mood nti kami singgah blk .


Mmmmmm cuba hampa pikiaq .... pepagi raya wei ... mak mertua aku diam ja , tapi nampak dia bergenang ayaq mata jugak . Aku lari masuk dlm nak pack baju sbb hubby aku dah naik hangin . Mak mertua aku follow aku , dia diam ja tgk aku pack2 baju . Hubby aku masuk bilik truih marah aku dia jerkah ... 'dah toksah dok lipat elok2 sumbat2 ja. Lagi lama aku kat sini lagi aku tak tentu hala '' . Truih aku tgk muka mak mertua aku , aku sebek . Mak mertua aku peluk aku teruih aku meraung !!! Lepas 15 minit tu jugak , kami blah p umah aruah abah aku kat Jln Fajar tu. La ni hati aku lagi sebek ... mengenangkan nak balik raya nti , aruah mak n abah dah takdak . Muka aku jugak lah nak kena mengadap muka2 itu . Yang tak reti nak insaf , suka ngata org , kritik org , Kunun depa la THE PERFECTIONISTA !!! Bila time susuah pandai p.u.l.a.k cari aku . Jadd itu , Jadd ini .... dan mungkin sbb itu mak mertua aku terlalu selalu mengharapkan kehadiran aku w/pun kdg2 kala aku tak dihargai . Of course la dia lebihkan anak2 dia dr aku . Bg la alasan apa pun , dia ttp nak aku buat itu ini , mulut dia tak jahat . Kekadang ja laser . Dgn aku tak penah lagi berdepan dia sound . Taktau kot2 blakang ada ka tak . Go figures !!!


wallah Hua'lam .




Dah tu ... nak buat lagu mana , nak kata tak usaha , mcm2 dah buat . Bidan , urut , o.n.g ... semua . Daun2nan dr Mekah , Madinah .... semua aku dah telan . Cek doct ... ok takdak masalah . W/pun aku ada ceist , dah operation n mcm2 .... still doct kata SIHAT !!! saluran tak tersumbat , specimen hubby pun 110% SIHAT !!! .... dah tu nak buat mcmana ? Salah aku lagi ka ?

Wednesday, August 11, 2010

Mee Sup Jadd's Corner !!!!

Mee Sup Jadd's Corner

Mee Sup ni tercipta semalam , alang2 dah buat sup kaki ayam ( sorry la kalau ada yg kembang tekak ) memang best . Simple gila kalu nak buat bila semua benda dah ada dalam peti ais , so gunakan tanpa was2 pusing2kan kreativiti anda . Ni ha caranya .

Sup Kaki Ayam

Rebus kaki ayam ( yang siap dicuci bersih )  bersama
1 inci kulit kayu manis 
1 labu bawang besar dihiris halus 
6 ulas bawang putih ( ditampar )
1 inci halia dihiris halus
3 biji bunga lawang
1 sudu kecil perencah Cukup Rasa
garam secukup rasa
1 sudu kecil lada sulah
1 bijik limau kasturi ( perah jus sahaja )  

Yang lain-lain tu cuma celur ja , crab sticks , fish cakes , sayur sawi , sayur kangkung
cili padi tu kalu nak xtra pedas , kentang tu lebihan dr buat bergedil , daun sup , daun ketumbar , nak lagi best mkn ngan bargedil tu ... !!!!

Selamat mencuba !!!